Sunday, May 16, 2010

Masalah Kegemukan/Obesiti

Pendahuluan

Obesiti?Apakah yang dimaksudkan dengan obesity?Dengar perkataan

obesity,semua orang akan mengaitkan dengan kegemukan.Kita sedia maklum bahawa

obesiti adalah merupakan proses pengumpulan lemak-lemak yang berlebihan yang berada

di dalam badan seseorang.Obesiti ini terjadi apabila pengumpulan lemak yang berlabihan

berlaku menyebabkan tisu-tisu di bahagian lemak menjadi keterlaluan dan akan

mengembang seperti belon.

Kalau dahulu obesity hanya dianggap biasa,namun kini ianya lebih dikenali

sebagai satu penyakit.Selain itu, apa yang lebih memburukkan keadaan lagi adalah

obesity boleh menganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya

menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius.Bukan itu sahaja,malah setiap kegiatan

fizikal dan social kita akan terhad pergerakannya dan dijangka seseorang yang

mengalami berat badan yang berlebihan terutama dikalangan remaja dijangka hayatnya

semakin pendek.

Berat badan yang berlebihan juga akan dikaitkan dengan risiko yang tinggi

sekiranya remaja yang menghidap obesity mengalami masalah perubatan seperti diabetes

serta penyakit jantung yang boleh menjurus kepada kematian awal khususnya dikalangan

remaja.Keadaan berat badan berlebihan atau kegemukan/obesity seseorang biasanya

berlaku apabila seseorang itu memakan makanan dengan lebih daripada apa yang boleh

dibakar oleh badan kita.Dan,kalori yang berlabihan ini akan disimpan sebagai lemak di

dalam badan.

Faktor-faktor Berlaku Obesiti

Kebiasaanya apabila pertambahan berat badan berlaku,masalah ini akan dapat

dikesan oleh seseorang yang mengalaminya sendiri.Selain itu, yang dapat mengesan

perubahan itu adalah kawan rapat serta ahli keluarga yang terdekat.

Dari apa yang kita lihat,pertambahan berat badan atau kegemukan adalah disebabkan

oleh beberapa faktor diantaranya adalah seperti :-

• Faktor pengambilan kalori yang berlebihan

- Apabila seseorang yang mengamalkan pengambilan kalori yang berlebihan akan

menjurus kepada kegemukan/obesity,dan ini tidak akan berlaku dalam beberapa hari

atau minggu tetapi ianya akan terkumpul kemudian disimpan selama beberapa bulan

atau tahun.Namun, perubahan bentuk badan seseorang akan tampak kelihatan

sekiranya amalan pemakanan itu selalu diamalkan.

• Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif/sihat

- Keadaan persekitaran yang mendorong kita mengamalkan gaya hidup yang tidak

aktif atau sihat juga salah satu factor atau punca kepada pertambahan berat badan

yang keterlaluan.Contohnya, tidak mengamalkan aktiviti senaman badan yang

ringgan,tetapi mengamalkan kehidupan yang social serta pengambilan minuman yang

beralkohol dan sebagainya.

• Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan,kebimbangan dan kebosanan

- Kegemukan terjadi bukan sahaja disebabkan oleh factor pengambilan makanan

yang berlebihan,tetapi juga disebabkan emosi dalaman yang menganggu pemikiran

normal seseorang yang boleh menjejaskan kehidupan harian seseorang itu.Apabila

perasaan(mood) atau emosi seseorang tidak menetu,aktiviti harian juga akan

berubah.Misalnya, perasaan seseorang yang berada dalam emosi kebosanan

khususnya dikalangan remaja,mereka akan bertindak melakukan gaya hidup yang

tidak sihat dan mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti memakan

makanan yang berlabihan atau makan makanan yang mengandungi tahap kalori yang

tinggi sambil menonton televisyen tanpa melakukan sebarang aktiviti yang boleh

mengeluarkan sedikit peluh untuk membakar sedikit lemak yang tersimpan.

• Faktor sejarah keluarga

- Selain daripada mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat,factor sejarah keluarga

juga termasuk salah satu penyebab kegemukan.Ekoran daripada keluarga yang

menpunyai genetic atau keturunan yang memang menpunyai berat badan yang

berlabihan adalah lebih cenderung untuk mewarisi kapada anak yang lahir untuk

mendapat berat badan yang sama.

• Faktor plastik sebagai tempat penyimpan makanan

- Menurut kajian yang dilakukan oleh salah seorang professor dari Universiti

Malaya(UM),mendapati bahan dari plastic yang digunakan sebagai alas makanan atau

minuman lebih cenderung untuk mendapatkan obesity atau kegemukan. Ini kerana,

bahan plastic yang digunakan contohnya bekas minuman, ianya diperbuat daripada

bahan kitaran semula daripada bahan-bahan yang terpakai dan terbuang dan akan

mudah dihakis oleh keadaan persekitaran atau suhu yang tinggi.Dan,apabila bahan

plastik tersebut digunakan terutama tempat menyimpan bahan yang berada pada tahap

suhu yang panas,bekas tersebut akan dihakis perlahan-lahan dan kemudian bahan

yang terhakis itu akan bercampur dengan makanan atau minuman itulah yang

menyebabkan kegemukan.


Kesan Akibat Obesiti

Setiap apa yang berlaku ke atas diri seseorang akan memberikan impak kepada

diri sendiri.Seperti juga obesity, kesan kegemukan itu pastinya ada, dan antara

kompilasi-kompilasi yang berlaku melihat aspek dikalangan remaja adalah seperti :-

• Mudah mendapat penyakit kardioviskular(berkaitan dengan jantung)

- Apabila berlakunya kegemukan ke atas diri seseorang itu,risiko untuk mendapat

masalah sakit jantung amat mudah didapati seperti penyakit tinggi darah/hipertensi

serta tahap kolesterol yang tinggi disebabkan pengambilan makanan yang

mengandungi kalori yang banyak.

• Mudah mendapat penyakit kencing manis/Diabetes

• Mempunyai masalah pernafasan seperti asma serta menghadapi masalah

tidur

• Kompilasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang

pinggul/lutut

• Kesan psikologi seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri

• Berat badan akan bertambah apabila umur meningkat

• Gangguan pembuangan air kecil

• Mudah mendapat penyakit kanser usus








ANALISIS KAJIAN KES(OBESITI)


Statistik menunjuk obesity/kegemukan dikalangan kanak-kanak

MASALAH obesiti atau kegemukan di kalangan kanak-kanak semakin serius apabila
dianggarkan 40 peratus berlaku berikutan gaya hidup ibu bapa yang gemar membawa
keluarga makan di luar terutama pada waktu malam.
Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Prof Dr Zulkifli Ismail, berkata masalah
itu lebih ketara terutama di kawasan Pantai Barat seperti di Lembah Klang yang sudah
menjadi kebiasaan dengan cara hidup sedemikian.
“Gaya hidup yang lebih kepada bersenang-lenang seperti bermain komputer, menonton,
bermain video, penurunan aktiviti fizikal dan peningkatan pengambilan makanan yang
berlemak dan berkalori tinggi juga menyumbang kepada obesiti,” katanya kepada
pemberita selepas majlis perasmian Kongres Saintifik Tahunan MPA, di Kuala
Terengganu, baru-baru ini.
Kongres berkenaan dilancarkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh. Turut hadir,
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan, Hal-Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar
Negeri, Toh Chin Yaw dan Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Sultanah Nur Zahirah
(HSNZ), Datuk Dr Jimmy Lee Kok Foo.
Prof Zulkifli berkata, kanak-kanak yang mengalami obesiti biasanya membesar sebagai
orang dewasa yang gemuk dan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti
darah tinggi, kencing manis, masalah jantung serta barah.
Katanya, walaupun tiada kajian menyeluruh dilakukan, berdasarkan kepada gaya hidup
yang diamalkan masyarakat kini, ia menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti
kanak-kanak.
Mengikut data rasmi Kementerian Kesihatan, kadar obesiti kanak-kanak negara ini
adalah 15 peratus, tetapi jumlah itu dipercayai lebih tinggi sekarang terutama di Kuala
Lumpur dan Selangor yang mencecah antara 30 hingga 40 peratus.
“Masalah itu perlu diberi perhatian serius kerana berat badan yang berlebihan boleh
membawa risiko kesihatan berpanjangan. Obesiti pada kanak-kanak tidak boleh
dipandang mudah dan apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengubah kepada gaya
hidup yang lebih selamat,” katanya.

KANDUNGAN LEMAK DALAM MAKANAN
Apa sahaja jenis makanan yang dimakan,sebenarnya mengandungi banyak kalori
daripada lemak.Pakar pemakanan Malaysia telah membuat garis panduan diet Malaysia
sebagai rancangan diet harian.Jadual dibawah merupakan salah satu contoh diet
pemakanan yang seimbang :-


JENIS MAKANAN

GRAM LEMAK SETIAP SAJIAN
% KALORI DARI LEMAK
Makanan tinggi lemak
Hamburger 11.8 39
Hot dog 14.5 54
Kentang goreng 20-25 keping(saiz biasa yang digoreng dengan minyak sayuran)
12.247
Keropok kentang – 1 aun 10.1 61
Mentega/margerin- 1 sudu teh 4 94
Sos salad – 2 sudu makan 11.1 85
Kek keju 16.3 57
Makanan rendah lemak
Kacang hijau – direbus = cawan 0.2 9
Roti – 1 keping 1.1 16
Mil oat – 1 cawan 2.4 15
Buah epal – 1 biji 0.5 6
Ubi kentang – 1 biji dipanggang 0.2 1


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH OBESITI
Bagaimana cara untuk memastikan agar tidak mengalami masalah berlabihan berat
badan?
Langkahnya adalah :
• Melakukan aktiviti fizikal
- aktiviti sebegini perlu dilakukan dan dipertingkatkan lagi dengan melakuan
senaman ringan seperti menaiki tangga,meetakkan kereta dari tempat kerja dan
senaman semasa menonton tv,bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk
melakukan senaman yang lebih.
- aktiviti senaman ini juga perlu dilaukan dengan berterusan sekurang-kurangnya
10 minit lebih daripada apa yang selalu dilakukan setiap hari.

• Mengubah tabiat pemakanan
- kenal pasti masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan (seperti tekanan
perasaan, makan ikut perasaan, bosan dan sebagainya).


- meletakkan matlamat untuk mengurangkan pengambilan kalori dan meningkatkan
aktiviti fizikal.
- membuat pantauan jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil dan
fizikal aktiviti yang dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
- selalu mendapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan kawan.

• Mengamalkan gaya hidup yang sihat
- dengan pengambilan snek yang berkhasiat seperti buiah-buahan, sayur-sayuran
dan makanan yang mengandungi lemak yang rendak.
- makan dalam kuantiti yang sederhana
- amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan
berjalan lebih kerap.
- menghadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak melebihi daripada dua
jam sehari.

• Selalu membuat pengiraan BMI untuk umur dan diplot setiap tahun.Ini
boleh dibuat sebagai pemeriksaan kesihatan tahunan
• Dapatkan nasihat Doktor atau pakar pemakanan/Pegawai Dietetik jika
mempunyai masalah berkaitan berat badan.




Kesimpulan
Secara keseluruhannya, obesity atau kegemukan boleh disifatkan sebagai satu gejala yang
melanda negara bukan sahaja dalam negara malah luar negara juga menghadapi gejala
sedemikian. Menurut laporan NST Malaysia mempunyai jumlah rakyat gemuk yang
paling ramai di Asia. Adakah berita ini menakutkan? Jumlah rakyat Malaysia yang
gemuk melebihi jumlah di beberapa negara maju, antaranya Jerman dan Perancis. Di
sepanjang 10 tahun yang lepas, jumlah tersebut telah meningkat sebanyak sekali ganda.
Ianya membawa kepada peningkatan jumlah pesakit hipertensi dan kencing manis.
Kita semua tahu makan berlebihan, gaya hidup tidak sihat dan kurang senaman boleh
menyebabkan kegemukan. Persoalannya kenapa kita membiarkan ianya berlaku?
Adakah kita suka dengan keadaan ini. Sudah tentu tidak, kita suka badan yang slim.
Justeru itu,bagi mereka yang belum memulakan sebarang rawatan untuk mengurangkan
berat badan,mulakanlah seawall yang mungkin dan cuba mendapatkan hari yang baru
dengan kehidupan yang sihat.
Sekiranya menghadapi untuk memulakan rawatan mengurangkan berat badan,disarankan
untuk berjumpa dengan pakar pemakanan yang akan memberikan nasihat dan saranan
makanan yang boleh di ambil.Selain itu, ahli terapi fizikal juga boleh membantu
menyediakan jadual aktiviti khas untuk menurunkan berat badan, kesihatan dan kakuatan
fizikal dalam jangka masa panjang.
Pesanan ringkas,jangan jadikan amalan memakan makanan sambil menonton televisyen
kerana perbuatan ini menyebabkan kita seronok sehingga tidak mahu berhenti makan.

1 comment: